Tuesday, November 07, 2006

Mode Raya

Lega rasanya setelah menempuhi hari2 malam tiada tidur semasa komuniti posting. Xm dah habis jumaat lepas. Aku enjoy rupanya buat reseach tapi tensennya, hanya Tuhan yang tahu.
Jumaat lepas, aku berkesempatan lepak di Mid val dengan Farhana yang belajar di Indonesia. Hoho, dah 5tahun aku tak jumpa dia-tapi aku benar2 tak puas berborak dengan dia. Baru aje mukadimah,dia terpaksa pulang selepas solat magrib.

Minggu ini, minggu pertama aku menikmati posting yang aku cukup gerun, obstretrics and gynaecology (o&g) kerana posting ni terkenal dengan kepenatan yang ultraman. siang malam belajar. huhu.jadualnya cukup padat. 10 case write kena hantar (aku tak suka buat write up!). dan 10 baby kena sambut. dan oncal, dan keja2 amali yang wajib aku pergi.huhu. Next week ada muslim profesional daie kat uia kuantan- Mula2 aku tak mau pergi, tapi sekali tue tengok list of the speaker, terus cair maa!

Sabtu ahad lepas, pastinya aku berjalan2 pergi beraya ke rumah2. sayangnya, aku tidak berkesempatan untuk beraya di rumah pak ngah kerana mak aku bagitau aku last minute ketika aku sudah bersiap pergi ke rumah orang lain. Rumah prof hamdan pun aku tidak kesempatan pergi dan juga rumah kwan&dr.uteh. Tapi takpe,pasti (dan wajib), aku bertandang ke rumah k.wan di dalam bulan syawal ni!haha

Photobucket - Video and Image Hosting

Rumah Mejar Dr kamal




Photobucket - Video and Image Hosting

France mendendangkan lagu 'ikhlas tapi jauh" bersama shina tergelak2 malu.

Hari sabtu, kami pergi ke rumah Mjr Dr Kamal di Klang. Jauh bangat. Jumpa 3 anak gadis dia yang comel2 yang masih berada di tadika. Kemudian rumah Amy di Banting. Itu lagi jauh. Sampai2 je kat rumah amy, kami (aku, azie & france) terus menyanyikan lagu 'ikhlas tapi jauh' dari VE (siap france buat suara introduction lagi tue). Balik tue memang letih bangat sih.

Photobucket - Video and Image Hosting

Rumah Izny bersama ibu dan 'ibu'

Ahad pula, kami memulakan perjalanan ke cheras, rumah Izny. Meriah bebenor di situ. Biasalah. Walaupun majoriti hanya classmate aku datang, tapi macam tak cukup mulut nak bergurau senda. Jamie & najmiah yang baru pulang dari Tganu pun gagah nak ikut! hohoho. Kemudian, kami beramai2 serang rumah Prof Nasar di Bangi. Prof Nasar tue memang lecturer faveret kitaorg walaupun dah 2 tahun bersara di uni aku. Dia still kelakar macam dulu-dulu gak.

Photobucket - Video and Image Hosting

Kami konco2 4th yr yg serang rumah Prof Nasar ingin mengucapkan selamat hari raya. Maaf zahir batin.

Photobucket - Video and Image HostingProf Nasar amik kedatangan - utk ISO katanya.. ceh!


Oklah, aku dah janji dengan diri aku untuk belajar untuk posting kali ini setelah tadi aku terkunci dalam bilik kerana tombol rosak. huhu.

p/s: mode lagu-- the faders - no sleep tonight (aku insomnia-sejak2 akhir2 nie. biasalah.ntahlah.) tapi dalam kelas, mengantuknya!!
Jejalan-jalan
1. ppimsc blog- apa kejadah dah jadik bersawang nie? huhuhu.sape bersalah? keja tak serius ke? atau terlalu sibuk?atau memang tak buat kerja? kerja? apa kerja? kejadah apakah itu?

No comments: