Wednesday, November 29, 2006

Odei anak





Rakan kelas aku, Ong pernah memberitahu aku, kelahiran bayi itu seperti keajaiban dan dia hampir2 menangis ketika melihat delivery buat kali pertama walaupun dia seorang lelaki. Sebagai watak orang jahat, aku gelakkan dia dan mgatakan betapa emosinya dia.

tapi bila turn aku deliver the baby, aku rasa sayu. sayu yang teramat.
pada kesakitkan yang dialami oleh ibu2 ketika uterus contraction. tangan aku selalu menjadi mangsa gengaman ibu2 terutamanya kelahiran anak pertama. Tak terbayang aku betapa sakitnya dialami. Habis baju aku berlumuran darah malam itu.
dan juga kegembiraan yang disulami rasa kesyukuran setelah anak itu berjaya dilahirkan. tak terbayang aku erti kegembiraan itu sendiri. Fana kata anak itu bagaikan hasil pertemuaan dua cinta. Aku gelakkan Fana tapi kini aku sendiri mengakui kebenarannya.

aku terbayang wajah mak aku yang berjaya melahirkan 6orang anak yang sihat. aku juga terbayang bila aku degil, bercakap kasar dengan mak, mgatakan pada mak aku yang begitu sukar memahami diri aku ini dan jarang pulang ke rumah. Aku akui, aku bukanlah anak yang baik sedangkan aku sedar syurga itu di bawah telapak ibu. Apakah aku mampu membalas jasa-jasa baik ibu aku sendiri?

Aku terbayang wajah2 bakal2 ibu yang tidak berkahwin, apakah ketika itu mereka membayangkan wajah ibu mereka sendiri. tekesakitan yang mereka alami sekarang adakah diduga ketika menyerahkan dara pada jejaka tidak tahu menilai erti cinta.

Aku terbayang wajah2 generasi si anak derhaka versi si Tanggang yang masih tidak menjadi batu. Tahukah mereka status mereka? Apakah aku-kamu-kita memegang status tersebut tanpa disedari? Betapa tak sedarnya kita terhadap nikmat2 yang diberikan dengan meminta-minta pada perkara yang tidak perlu?
Dan apakah kita juga mempunyai keberanian untuk meniti cabaran anak generasi masa hadapan? Bila tiba masanya, aku-kamu-kami bakal menjadi seorang ayah, seorang ibu yang berhadapan dengan masalah global.masalah umat. apakah masih ada ruang untuk baiki?

Akhirnya, aku mempunyai keberanian untuk conduct delivery itu. Tangan aku terketar menyambut bayi lelaki itu. Bayi itu menangis. Ibunya menangis. Ayahnya yang berada di bilik itu menangis sambil azankan bayi itu. Aku sendiri terasa sayu. masih beremosi. Terdetik, apakah bayi itu tahu betapa besar pgorbanan si ibu. dan si ayah itu.

Ok, aku tak suka obstetrics & gynaecology. stress yang teramat. Aku pergi oncall hampir tiap malam (untuk merealisasikan impian conduct 10delivery!) , clerk patient dan membuat laporan case write up.tutorial.extra class. letih.

tapi dalam masa yang sama, posting ini bagi aku, aku banyak bermain dengan emosi aku sendiri.
emosi sebagai anak.
emosi sebagai perempuan.
emosi sebagai bakal ibu.
emosi sebagai bakal seorang doktor.
dan yang paling awla emosi sebagai hamba Tuhan.


Raihan

Odei Anak

Odei anak nokeilah ko idaah
Nasusah mati yama no megentian dika
Odei anak nokeilah ko idaah
Nasusah tomod yamamu minaganak dika

Wahai anak apakah kau mengerti
Betapa deritanya
Ibu yang mengandung
Aduhai anak apakah engkau tahu
Alangkah deritanya ibu melahirkanmu

Namun kelahiranmu adalah penghibur hati
Dibelai dan dimanja setiap hari
Di malam hari tidur tak berwaktu
Tapi tak mengapa kerana kau disayangi

Hari-hari sudah pun berlalu
Usiamu makin bertambah
Seorang ibu sudah semakin tua
Namun terus berkorban untuk sesuap rezeki
Agar sempurna hari depanmu

Kini kau dewasa, ibumu telah pergi
Waktu yang berlalu seakan memanggil
Sudahkah kau curahkan kasih sayangmu
Apakah terbalas segala jasanya
Syurga itu di bawah tapak kakinya

Hanyalah anak-anak yang soleh
Bisa memberikan kasih sayangnya
Hanyalah anak-anak yang soleh
Bisa mendoakan hari akhiratmu


p/s: nak balik rumah...sayang sangat kat mak aku yang comel tu!hehehe

Tuesday, November 21, 2006

Mimpi?

Photobucket - Video and Image Hosting



Mimpi datang
yang meratapi hatiku
dengan soalan2 akalku
membawa aku ke sejuta kerutan

Mimpi inilah
khayalan tertinggi
mengapai sejuta harapan
membuahkan cetusan seni pemikiran
mengilhamkan kepada kegembiraan

Mimpi itulah
yang membawa ribut tangisan
di setiap saluran darahku
menjerut keyakinan sendiri
membunuh segala harapan

Mimpi.
apakah itu?

mimpi bukan khayalan semata
mimpi tidak enteng
mimpi bukan realiti
tapi mimpi wajib ditukar wajah
kepada sebuah impian

kerana impian yang
diadunkan bersama ikhtiar
akan menghadiahkan kenyataan!

zackyun 21nov 2006

minda: baca buku,case write up 4th, presentation, labour ward, tutorial kena siapkn,debate junior, kenduri kawin k.ana&raja dan juga kenduri kawin k.maryam A&yaakob & induction course sabtu ni...serabut serabut.

-Dak Jue, aku rindu sama kamu...kita doakan sama2 ya.!hehehe..
-Wan maryam, nak jumpa sgt sgt sgt sgt awak tau!
-Kolam mandi+kitab: happy 3rd-moga sampai infiniti tahun!
-rindu mak
- jom baca ayat2 cinta (Asek promote je buku2 nie-hohohohoho)
- ombak. tq.

p/s: JoM kItA eNjOy HiDuP di DuNiA & aKhIrAt!
tak mau sedih2 dah...kalau sedih, kita jumpa the greatest+faveret psychiatrict-meet world's best doctor, our own God Allah! available. any time.

Wednesday, November 15, 2006

Live a life of serenity








Empty Decorations

I wake in the dark
Showers of light
Moments of emptiness around
Floating away
No rays of hope
Reality brings me to the ground

What can I do?
What can I say?
I need a place to hide away
Just for a while, just for a smile
Just for the life I used to know

For every song was filled with words of love and not of anger
What if they go?
What if they leave me far behind?

'Cause I don't wanna be alone..
Living life for on my own
I don't want to live my life in isolation
Filled with empty decorations
'Cause I wanna be with people that I know
Who would do the things I do
Making all my dreams come true
I don't recognize the shadows at my door
Though I've seen them all before
Because the only thing I really want..
Is to be with you....

I look at the sky,
That looks back at me
I'm getting a silent melody
I know that I'm here
And I am lost
Alone and confusion by the breeze
Hiding my face, crying alone
I need to find my way back home
Back to the place
The wonderful days
Livin' the life I used to know

For every smile was born out of the love and our sincerity
And every tear from all the glowing joy

'Cause I don't wanna be alone..
Living life for on my own

I don't want to live my life in isolation
Filled with empty decorations
'Cause I wanna be with people that I know
Who would do the things I do
Making all my dreams come true
I don't recognize the shadows at my door
Though I've seen them all before
Because the only thing I really want..
Is to be with you....

p/s: Dreams are made to be R E A L I T Y.

Tapi mak pesan jangan bagitau impian, itu rahsia besar! Tapi rasanya mak tau apa yang aku betul2 mahu dalam hidup ini =). dan mak selalu bersabar tiap kali aku terpaksa tidak lepak dengan dia kerana dia tahu aku lebih dari aku kenal diri aku sendiri. Mana tak sayang mak sendiri kalau cengini? Aku sayang family aku. Pelik dan merapu tapi itulah keistimewaannya!

n of course, i want to be with the people who make my dreams come true!

=) including that someone who changed me to better person. without even his notice. that same wonderwall past few months ago. butterfly effect maybe. thank u. only Allah could repay the kindness. thank you Allah, for the beautiful soul that HE created.

*Gambar tue time raya kat rumah aku. kelakar, sempat aje buat open house dan bagitau orang dat very sunday morning gak and plus aku baru balik dari kuantan a day before dat. Arigato gozaimas pada mak+aff for that lovely day. laksa johor dan nasi ayam tue sangat laa sedap!

Photobucket - Video and Image Hosting

these are the people that i want to be with. However, there's so many (hundrends and thousands) missing faces here also!

Sunday, November 12, 2006

Kata orang

Dari mata yang rabun menaksir itulah
membayangkan ilusi kepada hati
untuk mulut yang mengata.

Dari telinga yang pekak itulah
membisikan kata dusta kepada hati
untuk mulut yang mengata
.

Apakah ada ruang untuk kita menaksir seseorang sewenang-wenangnya?
--------------

Kita mungkin nampak, gadis sunti itu sedang membonceng motorsikal dengan kekasih hatinya di awal pagi dengan pakaian seksi skirt sampai garisan seluar dalam.
Mudah sungguh ya hati membuat taksiran macam-macam. Tapi siapa tahu di mana kebenarannya? Siapa tahu, gadis itu benar2 tidur di rumah makciknya?

Dalam hal itu, mereka juga berdosa kerana membuka peluang untuk orang ramai memberi fitnah. Seperti mana berdosa untuk minum air kosong di dalam botol arak.

Aku bengang. Dengan beberapa fitnah itu-ini yang berlaku walaupun ada orang kata “betulah, aku tahu laa source aku tue betul”. Kasik sikit evidence based sikit. Dari mana sanadnya? Mana buktinya? Aku mahu evidence-based! Bukan cakap sembarano sahaja.

Mengumpat orang itu berdosa. Apa ntah lagi fitnah. Ya, aku bengang. Mahu tahu itu betul?

Orang ramai kata si gadis itu sudah hilang dara kepada beberapa lelaki sedangkan dia bertudung litup dan lincah beramal dan beribadat. Digambarkan kejahatannya seperti ayam bertopeng musang berjanggut. Itulah kaca dalam permata. Sedangkan berdosa meletakkan title ‘penzina’ kepada sesorang tanpa bukti. Nak buktikan orang berzina pun kena ada 4 saksi yang tidak fasik dan melihat adengan tersebut dengan detail. Ingat senang ke nak kasik label2 kat orang nie? Main ikut sedap mulut je! Pastu tuduh2 inilah-itulah!

Orang ramai kata si pandai-kacak-alim itu salah seorang contoh kaum nabi Lut.
Orang persoalkan keperibadian seperti dia yang ke sana ke mari memberi ceramah tentang agama tapi berperangai hodoh.Orang ramai kata mereka enggan mendengar nasihat dari orang seperti itu.

Jika benar pun, bukan tanggungjawab kita untuk membuka aib orang! Ingatlah, jika kita tidak membuka aib orang lain, Allah akan menutup aib kita!

Aku pilih untuk tidak mendengar kata orang.
Kerana kata orang itu mungkin tidak benar.
Bila aku mintak bukti, mereka gelakkan aku. Mereka kata nak kena video tape ke apa orang itu lakukan? TAPI BAGI AKU MEREKA TETAP TIADA BUKTI! Cakap ikut sedap mulut je.

Kerana kata orang itu menyakitkan aku.
Mungkin kerana aku yang enggan percaya pada kebenaran yang menyakitkan. Seorang daie itu seharusnya tahu hukum-hakam yang diceramahkan dan wajib mempraktikannya. Walk the talk. Dalam ayat Al-quran ayat Saff:2 tentang Allah tidak menyukai orang yang tidak melakukan apa yang diperkatakannya.

Kerana kata orang itu mungkin separuh benar.
Semua manusia pernah jadi jahat. Tiada seorang manusia yang 100% baik seperti malaikat. Pernah membuat dosa pada ketika masa dahulu. Dan mungkin pernah memohon taubat sekarang. Dosanya mungkin jauh lebih banyak dari kita sendiri, tapi pengampunan Tuhan itu sangatlah luas dan mungkin dia berada di tempat yang lebih dekat dengan Tuhan berbanding kita?

Kerana aku percaya dalam mengambil contoh kebaikan dalam setiap manusia.
In spite of everything, I still believe people are good at their heart! Mengapa dan mengapa terlalu judgemental? Bukan kah kita sendiri pun mempunyai kelemahan masing-masing? Mengapa terlalu ego untuk menerima kesalahan diri sendiri? Tiada salahnya mengambil nasihat yang berguna dari orang yang lebih buruk perangai dari kita. Lagipun, mulia sangat kah kita? Seperti mana Iman Syafie mengambil nasihat dari seorang pencuri tanpa mendiskriminasi status perkerjaannya.

Ya, aku tidak suka perangai gay-lesbian-mak nyah-pelacur seperti mana aku membenci benda yang paling aku benci. (Nada kuat pada ’perangai’) Kerana mereka membelakangkan semua nikmat yang diberi. Mereka membelakangkan Tuhan sendiri sedangkan Tuhan itu Maha pengasih dan penyayang. Mereka seolah-olah tidak tahu apa itu tujuan hidup mereka sendiri.

Aku terlalu benci pada perangai tetapi bukan pada orangnya. Aku tahu, aku masih sayang pada manusia seperti mereka kerana mereka jua seperti aku. Hamba Tuhan yang mempunyai Tuhan. Manusia yang lemah. Membuat salah. Sama sahaja seperti kita. Berilah peluang untuk mereka kembali ke fitrah sebenar mereka. Mungkin mereka keliru tapi apa hak kita menghukum mereka?

Sedangkan pintu taubat Allah itu terbuka luas, apa hak kita menutup pintu kemaafan untuk mereka?

(*Satu lagi episode tengah bebel kat diri sendiri juga- jom basmi mengumpat. Dah teruk sangat stage cancer ’mengumpat’ dalam diri aku ni, hampir merebak ke seluruh warga! Ingatkan aku untuk ingatkan kau untuk ingatkan aku)

Tuesday, November 07, 2006

Mode Raya

Lega rasanya setelah menempuhi hari2 malam tiada tidur semasa komuniti posting. Xm dah habis jumaat lepas. Aku enjoy rupanya buat reseach tapi tensennya, hanya Tuhan yang tahu.
Jumaat lepas, aku berkesempatan lepak di Mid val dengan Farhana yang belajar di Indonesia. Hoho, dah 5tahun aku tak jumpa dia-tapi aku benar2 tak puas berborak dengan dia. Baru aje mukadimah,dia terpaksa pulang selepas solat magrib.

Minggu ini, minggu pertama aku menikmati posting yang aku cukup gerun, obstretrics and gynaecology (o&g) kerana posting ni terkenal dengan kepenatan yang ultraman. siang malam belajar. huhu.jadualnya cukup padat. 10 case write kena hantar (aku tak suka buat write up!). dan 10 baby kena sambut. dan oncal, dan keja2 amali yang wajib aku pergi.huhu. Next week ada muslim profesional daie kat uia kuantan- Mula2 aku tak mau pergi, tapi sekali tue tengok list of the speaker, terus cair maa!

Sabtu ahad lepas, pastinya aku berjalan2 pergi beraya ke rumah2. sayangnya, aku tidak berkesempatan untuk beraya di rumah pak ngah kerana mak aku bagitau aku last minute ketika aku sudah bersiap pergi ke rumah orang lain. Rumah prof hamdan pun aku tidak kesempatan pergi dan juga rumah kwan&dr.uteh. Tapi takpe,pasti (dan wajib), aku bertandang ke rumah k.wan di dalam bulan syawal ni!haha

Photobucket - Video and Image Hosting

Rumah Mejar Dr kamal




Photobucket - Video and Image Hosting

France mendendangkan lagu 'ikhlas tapi jauh" bersama shina tergelak2 malu.

Hari sabtu, kami pergi ke rumah Mjr Dr Kamal di Klang. Jauh bangat. Jumpa 3 anak gadis dia yang comel2 yang masih berada di tadika. Kemudian rumah Amy di Banting. Itu lagi jauh. Sampai2 je kat rumah amy, kami (aku, azie & france) terus menyanyikan lagu 'ikhlas tapi jauh' dari VE (siap france buat suara introduction lagi tue). Balik tue memang letih bangat sih.

Photobucket - Video and Image Hosting

Rumah Izny bersama ibu dan 'ibu'

Ahad pula, kami memulakan perjalanan ke cheras, rumah Izny. Meriah bebenor di situ. Biasalah. Walaupun majoriti hanya classmate aku datang, tapi macam tak cukup mulut nak bergurau senda. Jamie & najmiah yang baru pulang dari Tganu pun gagah nak ikut! hohoho. Kemudian, kami beramai2 serang rumah Prof Nasar di Bangi. Prof Nasar tue memang lecturer faveret kitaorg walaupun dah 2 tahun bersara di uni aku. Dia still kelakar macam dulu-dulu gak.

Photobucket - Video and Image Hosting

Kami konco2 4th yr yg serang rumah Prof Nasar ingin mengucapkan selamat hari raya. Maaf zahir batin.

Photobucket - Video and Image HostingProf Nasar amik kedatangan - utk ISO katanya.. ceh!


Oklah, aku dah janji dengan diri aku untuk belajar untuk posting kali ini setelah tadi aku terkunci dalam bilik kerana tombol rosak. huhu.

p/s: mode lagu-- the faders - no sleep tonight (aku insomnia-sejak2 akhir2 nie. biasalah.ntahlah.) tapi dalam kelas, mengantuknya!!
Jejalan-jalan
1. ppimsc blog- apa kejadah dah jadik bersawang nie? huhuhu.sape bersalah? keja tak serius ke? atau terlalu sibuk?atau memang tak buat kerja? kerja? apa kerja? kejadah apakah itu?

Sunday, November 05, 2006

Kembara

Photobucket - Video and Image Hosting


aku memang gatal berjalan.
tak boleh nak berhenti dari berjalan,melihat dan memerhati alam sekeliling aku. Pantang diajak, sanggup lupakan penat lelah dan kesempitan masa dan duit. Cuma sejak akhir2 ini,aku agak sibuk dengan tugasan dan keja dan keja.itulah inilah.semua tak terlarat aku.

Entah. Mereka-mereka pelik. Malah mengata aku terlalu pelik. Aku cuma rasa terlalu banyak yang perlu dikejar sedangkan masa tak cukup. Kalau ada masa dan duit, memang hajat aku adalah yang paling utama berada di berhampiran dengan kekasih Allah di Madinah dan berteleku kesejukkan di hadapan rumahNya walaupun panas menyengat. aku ingin sahaja untuk lepak di piramid, Egypt dan sembang sebentar dengan Firaun, merenung jauh ke dalam sungai Nil. Mahu sahaja menghadiahkan diri hasil2 pembangunan insani Khomeni, jua Al-Qapu palace, Isfarhan. juga main kejar2 dengan kanggaro dan memanjat pokok bersama Koala sambil menikmati orkestra dari Sydney. Menghirup udara kasar di bangunan Vladimir, merasai kehadiran KGB dan menari dengan Anatasia. Berjumpa dengan Doraemon, berpakaian kimono dan melihat jatuhnya daun sakura.

Sekarang, masa terlalu sempit. duit pun takde. tapi impian tetap ada.

Solution?
"Owh, cantiknya pemandangan di sini!" kata aku di stesyen LRT kg baru menghadap klcc yang diselubungi jerebu degil dimana tapak cerita DON. dan aku pulang belajar tentang negara di dalam kotak hitam yang mempunyai abjad ini.

Photobucket - Video and Image Hosting


Jalan-jalan
1. Visit Malaysia - web paling mudah aku nak cari tempat aku nak
2. Lagu Hilary Duff - "what dreams are made of" berkumandang dalam telinga. membuat aku semakin geram.Nak jalan2 ke sana situ. Mahu terbang.

Wednesday, November 01, 2006

komuniti kerahan tenaga

Photobucket - Video and Image Hosting

Interventional day community Sept:(dari kiri)duduk: Zimar, Siah, Fatih, Soffee, Helmi, Young Chin.Barisan pertama: Izny, Yani, Asmidaar, Shau Li, Nani, Yana, Ang Chai Hun. Barisan kedua: Sharina, Azie, Kiah, France. Barisan Ketiga:Maszaidi, Chile, Gary, Ong, Shahril, Jer Shan.

Herm herm. Hikhikhik..haaa.....hancuss..hota hang....hangin..hangit...hola hola...huhuhuhu...hehhehe...hahaha...hipee


Itulah dia drama muzikal ketika posting 6minggu yang lain dari lain. Belajar dari pengalaman, terasa berada di luar norma kehidupan sebagai student. Baru kenal sifat sebenar rakan dan diri sendiri barangkali. Kenalpasti kelemahan untuk dijadikan kekuatan itu merupakan suatu keperluan. Contohnya, sifat cerewat menjadikan seorang yang sangat detail walaupun mungkin mengambil masa yang lama.(bukan aku). Jika ada orang yang garang dan kerek boleh kasik keja laju jugak. tak dilupakan peranan orang yang 'tenang' dan kelakar walaupun tak serius dalam buat kerja namun tanpa orang2 cengini, kerja jadik bosan dan tension.

Owh,itu indahnya kepelbagaian sifat manusia. Aku pelik dengan orang yang asik menyuruh orang lain berubah..Memang perlu berubah ke arah kebaikan,tapi mengapa terlalu rigid? Let's celebrate the diversity!


Terlalu banyak untuk dicoretkan. tapi rabu ini hari besar. academic research presentation. Gud luck pada presenters (Aku nampak seperti stand-up comedian, jadi aku tak boleh mjadi presenter terbaik-takot audience ingat dorang masuk salah dewan-jadi itu kelemahan&juga kekuatan aku-haha)

Jumaat nie ada xm, tapi tak belajar lagi. dan case write up tak siap lagi. Takziah aku ucapkan. Report kena betulkan lagi(macam biasalah!)

Owh, apa lagi...buat solat hajat untuk aku...

p/s:sebelum itu, aku syorkan untuk membaca 'ayat2 cinta' ditulis oleh Habiburrahman El-sharaizy (rasanya laa ejaan macam tu). Boleh didapati di kedai buku MPH. Aku sibuk. tak sempat nak review. tapi aku sempat baca sahaja..hahaha..best best!