Kalo aku buat rondaan kat setiap bilik, yg pmalas ada sedikit rajin tp kepala atas meja dgn mata ptosis(sparuh buka). yg rajin tetap unggul baca secara marathon. Ada gak yg main doktor-pesakit(ala macam main kawin-kawin). Sorang blagak jadi med student nak buat physical examination dan sorang lagi jadi pesakit. Kalo kitaorang, suka tambah watak consultant dan specialist dan sister yg garang.hahaha..aku suka amik watak sebagai Prof Yunus sbb tue idola aku walaupun jantung aku berhenti setiap kali terserempak dengan dia (bukan jatuh cinta laa, takot...)
Aku susah gila nak study sebab aku allergik duduk kat meja study. Kalo duk kat meja,asik jeling kat katil tapi kalo duduk kat katil,alamat 5minit je aku mampu btahan utk baca sbb lps tue slama 3jam aku akan tido dgn nyenyak. pastu aku rasa myesal. Tak pun aku pi ke dapur, kononnya baca buku kat dapur dgn buka tv (cerita bodoh pun aku layan wpun aku nie xsuka tgk tv). Jadi aku hanya ke dapur utk minum air je. oleh kerana aku takde mknn kat dapur,aku masak air sampaikan si romet aku France pelik sbb water filter jadi penuh sepenuhnya (slama nie asik kontang je).
sepanjang 2 minggu tu,aku duk gatal pikir nak study kat mana. Sampai aku try study kat library uia pun tak mjadi sbb aku jadi mgantuk dan berangan setiap masa. aku paksa jadi rajin jugak...nak termuntah aku baca buku+notes. Tiap kali aku bukak buku,aku akan mjerit, "sape yg conteng buku aku dgn highlight nie?"...rupanya aku dah baca buat kali k3 tapi aku hanya ingat tajuk je. buku aku dah jadi belacan tapi otak aku tak ingat2..ntah kenapa laa dgn memori aku nie. aku diagnose diri aku sebagai hypothyroidism sbb aku rasa aku lambat pick-up (tapi aku takde sembelit,kulit kering), pastu kawan aku pandang dgn menyampah, "inilah dia, sikap med student mmg giller, semua pyakit dia ada..kalo boleh nak jadikan alasan"
dan aku semakin gemuk. Aku dah stop lama bsenam. pastu tak pi wad lagi sbb dah kena bar dari wad masa study week. seingat aku ,sejak sindrom nak xm nie, hampir tiap2 hari aku makan fast food. Mc D selang satu hari mesti aku makan. sape suruh bina mcD dekat bulatan pahang tue?Tapi mmg pelik,sebab aku selalu rindukan makanan badut berambut merah,baju kuning dan kasut besar. gemuk-gemuk...Aku rasa org mcD pun tau hostel kitaorg sbb mesti ada org tensen makan mcD padahal mknn tue byk garam, lagi hypertension..hahaha
Hari tue, si yani+shiena blanja Pizza hut. Itu tak kira lagi, kenny rogers sbb si fana+fit nak belanja. Lepas tue, sampai turn aku kena belanja Pizza hut.Balik rumah, mak ajak makan shakey's pizza. Nando's lagi....Kfc...Yang tak senonohnya, pukul 11.30malam pun rasa lapar pastu terus kuar cari HR-->makanan western,aku+alisa+fieza telan chicken chop, fish&chip malam2...Roti canai malam2 kat warung perasan tak payah cakaplaa,semua dah rasa termasuk roti muzik yg memalukan kami.nak tau kenape?
Cukup 2minggu aku khatam semua fast food+high cholesterol.
Dalam 2minggu tue, kedengaran selang sejam ada orang menjerit tensen.
Itu tak kira lagi air mata bjujuran arakian tensen. Boleh bikin banjir satu KLNasib baik takde sape yg buat bugee jumping kat hostel 4tingkat tue sperti yang aku cadangkan kat salah sorang kawan aku.
Pada saat genting, aku membuat impian mjadi kenyataan kwn2 aku yg nak jadi model dgn jadi jurukamera yg sangat berjaya.Kat bilik jadilah. jgn terbawa2 ke majalah sudah...
Ada one day in those 2 weeks, aku pi kuar makan kat the mall. Budget lepas makan, pukul 7.30malam dpt balik &solat maghrib tapi ada bas pulak blok jalan mbuatkan perjalanan 7minit menjadi setengah jam. Desperately, kitaorg stop kat grand season utk solat maghrib. Masa dah siap parking tu, ada accident laa pula. Kitaorang tolong hantar abang tue smp ke a&e department tapi aku sedih sebab perangai malaysia yang susah nak hulurkan bantuan. Just watch n go without helping. Bayangkan kitaorg nie perempuan, mana ada kekuatan nak angkut orang.
kebetulan kawan2 aku yg 1kos kat ukm pun xm posting medicine. Dorang pun tensen gak.Masa tensen,main sms dgn shawn,awie...time nie gak nak mrapatkan ukhwah,macam xde masa lain je. kawan2 aku yg tgh cuti pun jadi mangsa keadaan aku lepaskan tensen.
Last day sebelum nak xm, aku dah malas baca buku lalu aku pun berusaha untuk meningkatkan kemahiran supaya dapat markah ttinggi dalam game Zuma yg didownload.
Tapi bila aku review balik....tiada apa yang lebih menenangkan selain ambil wudhuk dan baca al-quran. Kalau tak boleh tido+gundah gelana,itu ubatnya. kalau ikutkn 1lagu nasyid yang selalu buat aku terkedu ada 5 perkara ubat hati:
- baca al-quran dan maksudnya
- solat tengah malam
- Bersama-sama orang yang soleh
- berzikir sepanjang hari dan malam
- banyakkan berpuasa
Indahnya tika hati ini
disirami kesyukuran
keatas nikmatNYA
terasa disayangi
oleh kekasih Agung
.....alhamdulillah.....
benarlah, cukuplah Allah disisiku...=)
2 comments:
wey...aku nak gak buat bungee jumping dari umah aku...ko ada contact tak??....
ahaks...contact no aku laa..
017-63xxxxx atau 016-3832xxx..tak pun bole tepon dean kita,Dr azhar, dia kan psychiatrict..hahaha...
Post a Comment