
erm,aku nie mengarut betul..si jolina housemate aku pergi beli siaran drama tv korea yang cukup glemour kat tv8 (melainkan korang tak tengok tv lah)..tak pun kegilaan hampir semua kosmate aku tue....aku pun tak tengok tv sebab aku tak suka..tapi ape kena aku minggu lepas, aku khatamkan cerika full house 16cd tue sampai aku pening kepala dalam masa 3hari (5vcd satu hari... )
keputusan:
menyesal.... buang ajer masa macam tue ajer
adoi..aku nak tgk ape jadik dalam citer tu tapi takde nilai moral langsung ajer..lagu dia ajer sedap..cerita tue takde klimaks langsung. cerita nie diadaptasi dari komik korea....sebenarnye cerita tue mengisahkan tentang kahwin kontrak(aku ingatkan cerita melayu je suka kisah kawin kontrak)..depa berdua tue tak kenal satu sama lain dan asik bergaduh ajer tapi ntahmacamane dorang dua belajar macamane nak 'bertolak ansur' sebab masing2 rasa kehilangan bila sorang takde...hehe,ini membuktikan (salah satu bukti ) yang tak payah bercinta sebelum kahwin..
aku heran kenapa orang suka tengok cerita nie...
--------------------------------------------------
sekarang nie masyarakat sibuk nak bincang tentang MAWI. kalau lawat blog orang lain pun,semua suka cakap pasal mawi. suratkahabar sibuk cakap pasal mawi. Pemuda Umno pun nak ajak mawi masuk umno. kat kuliah pun cakap pasal mawi.usrah aku pun 'bincang' (bukan suka) pasal mawi.
semua nya pasal MIM-ALIF-WAU-YA
aku tak pernah tengok af..kecuali konsert akhir AF2, itu pun sebab aku nak tengok sejauh mana hebatnye AF nie...Aku tengok gak beberapa persembahan Mawi tue..biasa aje, siap boleh tersalah lirik tue...
iyelah, dia menang 58% undian sms. kalau jadi peserta lain,mesti malu nak balik rumah tue..menang tipis aje.setakat 4% dan 8% aje (felix lain lah,dia tue mesti orang sabah sarawak pakat nak menangkan dia-tapi tipis gak 20% lebih aje)..gila ke aper..aku pun pelik laa...bagi pendapat aku;suara dia biasa aje,muka pun takdelah macam bidadari (ops...'bidadara')..mungkin kerana dia masuk kerana 'dakwah'..iye ke?
bagi aku, mawi nie sebenarnya naive.dia masuk kerana nak jadi DJ. mak ayah dia pun tak tau AF tue aper..dan JUGA bagi aku, dah banyak qari yang yang jadi penyanyi macam Lan A2Z, yassin, zamani slam...
ape nak diherannye?
mungkin juga orang melayu MUSLIM malaysia sangat sangat sangat rindukan ISLAM?
sebab tue dorang nie menjadikan MAWI sebagai idola?
-------------------------------------
teringat kat isu 'ayah pin'..tak pelik ke kenapa orang dok percaya cakap ayah pin..bukan boleh kasi keluar no. pin lalu dapat duit berjuta2...yang aku peliknye kerajaan langit dia siap ada teko gergasi tue...pelik pelik....
mungkin kerana orang MALAYSIA sangat sangat sangat rindukan kedamaian hati?
sebab tue dorang tercari2 sehingga tersalah langkah...
------------------------------------
bawah nie aku amik dari www.hafeziftiqar.blogspot.comMonday, August 15, 2005
Sandiwara Dunia
Tajuk Drama: Kesian
Tema: 'Kerajaan Langit' dan 'Kerajaan Bumi'
Watak: Mawi, 4 Minah, Ayah Pin, 4 Isteri
Perwatakan: Percaya berada di jalan kebenaran.
Latar Masa: Zaman Fitnah Berleluasa
Latar Tempat: Akademi dan Kg Ayah Pin
Latar Masyarakat: Tak Nak Ikut Quran dan Sunnah
Arahan: Cari Persamaan Dalam Dua Gambar Ini
Hint: Jika Anda Katakan Dua Gambar Ini Tiada Persamaan, Anda Sesuai Jadi Watak Kodi, ie: Jadi Latar Masyarakat


Sinopsis: Kembalilah Sementara Berpeluang
(Apologi Buat Peminat kedua-dua Tokoh Tersebut)
Sandiwara Dunia
Tajuk Drama: Kesian
Tema: 'Kerajaan Langit' dan 'Kerajaan Bumi'
Watak: Mawi, 4 Minah, Ayah Pin, 4 Isteri
Perwatakan: Percaya berada di jalan kebenaran.
Latar Masa: Zaman Fitnah Berleluasa
Latar Tempat: Akademi dan Kg Ayah Pin
Latar Masyarakat: Tak Nak Ikut Quran dan Sunnah
Arahan: Cari Persamaan Dalam Dua Gambar Ini
Hint: Jika Anda Katakan Dua Gambar Ini Tiada Persamaan, Anda Sesuai Jadi Watak Kodi, ie: Jadi Latar Masyarakat


Sinopsis: Kembalilah Sementara Berpeluang
(Apologi Buat Peminat kedua-dua Tokoh Tersebut)
diambil dari www.hafeziftiqar.blogspot.com
-------------------------------------------
Ya ALLAH,....tunjukkan kami jalan yang lurus dan benar..
aku tak mau berada dalam kegelisahan gelap malam
di dalam kota jahil
yang tampak indah dengan lampu neon ilusi
makhluk hipokrit yang tamak
aku tak mahu teraba-raba mencari sinar
kerana aku takut akan
hatiku lupa pada fitrah manusia
yang sering dahagakan cahaya NUR
aku hanya ingin berada
di jalan Allah
biar diseksa, biar tenat
kerana destinasinya pasti bahagia
copyright zackyah fimiyun
No comments:
Post a Comment