oklah sbb aku rs best giller camp ni jadik aku pun mnulis balik (dasar kaki internet)....
jumaat tue:
still kat uia gak?oklah,hari jumaat (8th april)...bangun pg dgn kesejukkn (lagi?) sbb tido xde selimut+bantal...&kipas laaaju sgt...bgn2 tue,nmpk kwn2 sperjuang tgh solat tahajud sedangkan aku masih mguap &tangan nak mcapai selimut (aik,xde takde selimut laa..)...astagfirullah..!bangkit laaa!!
malas betul nak bangkit tapi meremang bulu roma melihat rakan2 seperjuangan bangun solat tahajud tanpa paksaan. Adus, rasa betapa kosongnya hidup aku sendiri?.
Tazkirah subuh berkisar tentang khalifah kedua, Saidina Umar Al-khatab (one of my idol). Kalau nak cerita pasal dia yg digelar Umar Al-Faruq (pemisah diantara yang benar dan batil) ni,pasti panjang lebar tapi apa yang membuatkan aku begitu suka kerana keberaniannya menegakkan dakwah islamiyah walaupun dahulu begitu jahilnya Umar sebelum masuk islam. Hati siapa yang tak tersentuh bila mendengar bagaimana Umar terdetik untuk masuk islam bila mendengar adiknya, Fatimah membaca al-quran?:-). Inshallah, kalau ada masa, aku ceritakan dalam blog aufa-solehah?jenguk2lah yer!!
Slot selepas tu, Dr. Hafidzi pula yang bagi ceramah tentang sejarah islam di nusantara. Hehehe, ironi sungguh kerana aku memang tak suka baca sejarah masa sekolah dulu (baca buku= mengantuk) tapi sekarang nie aku dapat rasakan betapa bodoh dan tololnya kita kenapa kita mengabaikan sejarah sedangkan ianya dapat mempengaruhi cara kita berfikir?ada pepatah yang mengatakan sesiapa yang tak belajar sejarah, dia kemungkinan besar dia akan melakukan kesilapan berulang-ulang kali?.memang seharusnya kita belajar dari kesilapan lalu?.air mata aku mengalir bila Dr. hafidzi menceritakan tentang perjuang2 di Acheh dan Mindanao untuk menegakkan islam. Sanggup berkorban untuk ALLAH?.
Aku ingin berjuang?.
tapi kadang-kala aku gusar dengan keikhlasan nawaitu aku sendiri?
Lebih kurang pukul 12.30tgh hari, majlis ilmu tangguh sebentar untuk solat jumaat. Untuk pertama kalinya, aku berada dalam masjid (bahagian akhwat ye!!) ketika kaum muslimin sedang menunaikan solat jumaat..pengalaman nie!
Slot seterusnya disampaikan oleh ustaz sharom tajuk ?ke mana diri hendak dibawa??kuliah ni mengingati aku kembali program ?khalifah project? kat khalifah institute,ampang pada hari kemerdekaan tahun lepas?
tugas khalifah:
- membina insan yang soleh
- membantu insan lain menjadi soleh
- membina persekitaran yang lain menjadi islamik
caranya? -->dakwah tarbiyah dan jihad istiqamah?..
arahnya? -->amal makruf, nahi mungkar
bagaimana? --> kata2 lembut dan hikmah!
herm,banyak lagi rupanya aku kena betulkan diri?.

Malam tue, idola aku datang, Dr Harlina Halizah memberi ceramahnya?hehehe,..suka sangat?tapi disebabkan oleh Dr, aku kena panggil sanguine tahap king sebab perangai aku yang happy-go-lucky?tapi betulah, orang sanguine macam aku nie pelupa orangnye..hehehe?
malam tu aku rasa tersepit diantara tanggungjawab aku sebagai student yang kena pergi collect data kat hkl dan explorace untuk keesokkan harinya paginya?
Sabtu 9april
Akhirnya aku membuat keputusan untuk menunaikan t?jwb aku sebagai student walaupun aku terpaksa mengadaikan pengalaman yang bermakna untuk explorace pagi nie?.aku pujuk hati aku jangan terlalu sedih,mungkin ada kebaikkannya!?hehehe,si asma? tue tak putus2 hantar sms ape yang dorg buat time explorace tue?kelakar betulah,dorg jadi mamak buat roti canai&air milo, cari makanan free kat pasar borong selayang, yg plg best memanah kat sekolah al-amin,lari sana ke sini?

Aku join balik program oic selepas makan tghari dengan main A-frame kat SRA Chinchin (aku panggil shin chan)..uish,tengok aje gambarnye mmg horror dan menakutkan!tapi sebenarnye kalo pandai kawal&sedikit tak akan jatuh member kita yg tgh2 tu?hehehe?
Pastu start perjalanan kitaorg ke tempat misteri mukhayam oic tue kat tapak perkhemahan commomwealth kat rawang..aku kira dorg (juwairiah, tasnim & asma? dan pilot kami:akhi fawaz)yang dlm kereta akhi fawaz tue sakit perut dgn lawak spastic aku tu?tak senonoh betul aku nie!!ngeh ngeh

Lepas mencari ?batu misteri? kat dlm sungai (betik rupanye?.pastu kitaorg kena makan),kena reka bangunan kementerian pertahanan,hehehe,lemah betulah dlm skil mcm nie!pastu pasang khemah dlm kegelapan malam?pastu main teka-teki dan nahkodaku?uish,terasa diri ni masih byk kelemahan dlm memimpin satu kumpulan?L..tapi makin kenal dgn diri sendiri barangkali?
Ahad 10april

pagi tue ada xpdc jumanji?.mula2 pasang khemah dgn tutup mata, kemudiannya bermula jungle trekking, sakit lutut nak panjat tanah yang TIDAK begitu landai?curam giller macam sudut 125o ?badan rasa mcm badak aje berjalan2 kat hutan..hehehe?pastu main aperntah,teka-teki(suka betul dorg dng teka-teki!)?.alhamdulillah, kitaorg ber4 org kump al-ansar enjoy jalan2 tanpa rasa tension?tapi pacat merata2?yuck!




Petang tu main perang belon, aku suka betul tengok semangat jihad juwairiah yg tak takut?J?.then main pulak kertas kapal?tp bila sampai malam,ramai yang surrender tak larat nak teruskan?..slot tazkirah maghrib pulak dismpkan oleh Dr Roslan Sulaiman�?jOm IsLaH!..aku suka benar tazkirah nie sbb aku kira ianya membangkitkan semangat dlm jiwa aku yg dahaga?islah=mbaiki diri kearah yg >baik.. berusaha!chayok,zakiah!!

Isnin 11april
Ada majlis penutup pagi tue,..tghhr tu baru bertolak balik dari stesen komuter rawang ke serdang..niat nak join group research jumpa dr.zubaidah tapi bila smp bilik,dah tak sempat(maaf geng,aku xsengaja!)?.nak qadho hutang tido&tenaga pun tak jadi sbb byk baju kena basuh?rekod: 5tali ampaian aku conquer!)
Memang seronok betul camping nie !!!

No comments:
Post a Comment