Sunday, February 25, 2007

bleed to learn!

When the good enough effort didnt become perfect and up-to-'their'-standard, there comes the depression chasing my manic away ....

It's my fault, isnt?

i'm sorry for being ridiculous. and. my life couldnt be that bad even though i got so many stressors in my life, i had to admit that my life is a blissful life....

it might be not perfect life like u.
but this is the life that i had live.
and... i'm lovin' it!

might be hideously stupid.but i had to bleed to learn.

mood: i felt like banduan. so guilty. i'm the time theft..huargh...

Friday, February 23, 2007

berdua lebih baik?

Berdua lebih baik?
"Berdua dengan *****, pasti lebih baik. Bila bersendirian, hati akan menjadi langit berselimut kabus. "
ada 3 jenis cinta:
1. cinta tak terbalas
2.cinta berbalas
3. cinta tak dibalas

pilih salah satu. mungkin ada yang menyangka cinta berbalas tu merupakan nikmat hidup tertinggi lantas meninggalkn cinta agungNya. Tapi mana tahu, cinta kategori kedua tu merupakan cinta yang boleh membawa ke syurga jika akal tidak pada nafsu? Owh, kategori manusia cinta ketiga, jangan kecewa, Allah ada plan lagi bagus untuk kau..mana tahu, kerana mengelakkan maksiat? tapi cinta level max adalah jenis pertama. boleh juga dipanggil sebagai seikhlas hati..cinta kategori ni, yang nak redhaNya tidak kira si buah hati sakit hati atau tidak...kerana hanya Allah yang mampu membalasnya!

aku bukan ustazah.bukan budak baik.hanya rockers jalanan. aku takut. jika aku lupa.kerana aku manusia.seperti kamu-kamu-dan-kamu. aku perlukan seseorang untuk TAMPAR aku on-the-spot kalau aku alpa bila bercinta...*

sebab kalau kamu-kamu-dan-kamu TAMPAR aku,barulah aku tahu...kamu mencintai aku tahap tertinggi itu...cinta tak terbalas!

cinta itu indah. aku faham. sangat indah. terlalu indah. tapi aku tidak mahu cinta yang enteng. cinta kecewa.buat ape terlalu terpengaruh dengan kata-kata omputih, "It's better to have loved and lost than never to have loved at all"..jangan tertipu.buat ape bercinta jika hanya untuk kecewa? buat ape bercinta hanya untuk menunjukkan, "lihatlaa aku laku,tak macam kau!". untuk apa bercinta hanya untuk membuang masa,duit, maruah,pahala dan ______ (isi tempat kosong sendiri.

cinta itu gerak hati. bukan buta. jangan kata cinta itu buta,kalau diri sendiri itu buta. Aku tidak begitu rigid dan orthodoks. Umur dah 23++ tahun, layak untuk bicara tentang cinta. Tidak seperti segolongan manusia yang menyangka aku terlalu against orang bercinta. aku suka kawan2 menyanyikan lagu "berdua lebih baik" kerana aku tidak sangsi pada kebaikannya. cuma aku tak suka kalau tidak kearah perkahwinan dan asik buat maksiat aje!. kalau umur 18tahun,baik pikir esok nak main teng-teng ngan siapa. sia2 aje kalau usia muda difikirkan tentang cinta, nanti bila dah tua, kawin kena pikir pasal cinta gak!

p/s: doakan program HiS 2007 berjaya walaupun asik kena marah..huhu..amin!aku agak sibuk sejak akhir2 ni. dengan cabaran dan cobaan hidup aku. Masuk paeds asik demam aje memanjang. keta joyah saga aku tue accident,skrg kat workshop..sedih aku..tapi ujian Allah itu kan rahmatNya?tapi bila pikir panjang kembali, my life couldnt be dat bad...i think i have very blissful life.. alhamdulillah..lalala!

**** : tak jumpa lagi
* :owh, ni berani sangat nie (kata aku sambil terketar2)

Saturday, February 10, 2007

Takziah

Al-fatihah to my community follow up patient.

She had passed away 29th January at HKL. Just 1-2 hours after azie and i visited her. it was sad to see her in that way with her right and left dorsum of hand were inserted with canula. She was wearing O2 mask and she could not even speak as she was in respiratory distress, tachycardia. She was so cachexic and very ill-toxic looking. I know she appreciated us for coming. Her husband was the one who sms me that she's nazak and he also had to take care of their son which was in Paeds Institute which was quite far from Nephro ward.

To me, she was not just a patient to me. I had been following her up since 14 weeks ago when she was in the gynaecology ward. She had multiple terminal illness and on palliative care. She had HIV +ve, cervical carcinoma, bilateral uropathy, chronic renal failure. deep vein trombosis and multiple skin infection. It's one of the most complicated case for community follow up.

Psychologically, she was affected much. She had multiple disease. Even if u guys has (common cold) coryza, u guys started to think, "why me?". Although i know she was trying so hard so she could be cheerful and happy when i came to her house, deep down i know she suffered very much.

She had 4 children and two of them had HIV +ve. Her 1st husband and her oldest child died due to HIV +ve 6 years ago. Her family was distorted until i had to hold my jaw not to be open all the time. Her parents were separated since she was small. She had to end up living in different place. Her 1st husband was intravenous drug user and she also had multiple sexual partner. Now she had 2nd marriage and the 2nd husband was also HIV +ve. Some of her family disowned her.

She did not give up. She didnt stab her wrist to end her life. She know she had to go on although maybe there's a little voice inside of her asked her to leave this world. After she knew that she had HIV +ve, slowly she joined MAC (malaysia Aids Council) as volunteer as she knew how hard being HIV +ve. It was never easy. She's also a volunteer in rumah Solehah and MAKNA. it was never easy indeed.

Maybe some of u may think, "owh, it was her fault! or it was akibat dosa masa lampau". but it not fair to judge person by their sinful act. we are not God, or even the angels who write her good and bad deeds. Do not so judgemental as she had suffered a lot in her life. She could not turn back time even a second. all she had to do was keep on living. She may had done lots of wrong things in her life, but she had enough. Often we forget that we all need advice and nasihat from each other. The reminder is important but not the abusive words to make other to feel down!

Doctors and medical team should acknowledge themselves how important to implant the morality issue among the patients..the community these day did sometimes leave me into deep depression. Hello, arent u guys realized yet? we havent practice amal ma'aruf,nahi mungkar much as we should do! Yeah, we should work very damn hard, harder to gain Allah's love. harder that the hardworking damn satan! Dont be judgemental but in the same time, lend the helping hand and positive mind to build a good community together.

I dont want to be emotional too much. She became my friends when we used to sms each other just to know her condition and progression. sometimes, it just broke my heart just to know she became worsen each day.However i could not help from smiling when she mentioned that it was Allah's plan which was the best plan ever.

She had affected my life so much.
I hope u guys are affected too...

May Allah blessed her soul. Amin!

p/s: take part in volunteering in MAC, MAKNA....u know u can make a different!

Thursday, February 01, 2007

Kegembiraan

Jika kesedihan itu diceritakan, pasti akan dikembalikan
Jika kemarahan itu dilepaskan, pasti akan dicerca..
Jadi untuk apa aku m'expresi emosi aku lagi?

Seingat aku dulu, ayah aku suka ajar aku yang aku boleh memilih perasaan aku. Bila aku marah, dia kata pilih untuk menjadi tenang. Kadang2 aku berjaya praktik,dan kadang2 aku belasah kemarahan aku itu sendiri. Mungkin kerana ayah aku tahu aku seorang yang sangat suka bermain dengan emosi aku sendiri.

Aku hargai emosi yang aku ada. kerana itu membuatkan aku menjadi berperasaan. dan kadang2 perasan. walaupun kadang2 aku terbabas melepaskannya kuar berjalan2 di muka bumi ini.

Orang sekeliling kita nak kita menjadi gembira dan tidak marah2. aku tidak mahu bicara tentang hipokrit. ini bukan tentang hipokrit. Hipokrit tak sama dengan menukar perasaan tetapi hipokrit menyembunyikan perasaan dan buat penyamaran. tetapi ini tentang bagaimana untuk membuatkan diri sendiri jelas tentang perasaan sendiri.

Aku terbayangkan kisah Rasulullah yang boleh menahan marah walaupun ada kaum yahudi atau kaum Quraisy menghina2 beliau. Rasulullah masih boleh bersabar. Malah ada kisah tentang Rasulullah s.aw boleh menaburkan budi pada seorang wanita tua yahudi dengan menjaganya ketika wanita tua itu sakit tenat walaupun sebelum itu, saban hari wanita itu tidak jemu2 mengherdik dan mbaling sampah pada beliau.


dan aku terbayang juga pada kisah khalifah umar al-khatab yang tak jadik marah kat orang sebab dia tegur orang tu berdasarkan kemarahan bukan berdasarkan kasih sayang pada orang tersebut.

Masih segar dalam ingatan aku ketika naqibah aku membaca surah anbiya' 88-94 tentang hidup nabi2 yang merangkap kekasih Allah itu ditimpa dengan banyak musibah yang berbagai dugaan. Nabi Ayub yang diuji dengan kekayaan harta,isteri dan anak dan kemudiannya semua rezekinya ditarik satu persatu... Nabi Ayub tetap macho dengan redho dengan Tuhannya. Tidak pula dia jadik macam aku bila hilang rm50 ditiup angin2 sempoi2 bahasa itu. Nabi Ayub hilang semua dan ditambah dengan penyakit...tidak pula dia cakap, "Allah , why me?"

Begitu juga Nabi Yunus. Setelah pegi berda'wah dan still kaumnya ingkar, dia pergi merajuk kejap dan dia termasuk ke perut ikan paus. dan dia masih ingat pada Allah dan doa, "Ya Allah, ampunilah aku. Sesungguhnya aku tergolong pada orang2 yang rugi"...itu title nabi, memang ujian yang datang....uish,bukan calang2 ujiannya....kita nie..title umat manusia biasa,baru diacah sedikit dengan ujian, dah mencarut sana sini..astagfirullah...

Ok, kemudian.. suara syaitan (atau suara tompok2 hitam hati aku ) aku berbisik keji, "tapi kiah, kau tu bukannya Rasulullah s.a.w. kau tu manusia biasa,jauh dari zaman Rasulullah! kau ni ilmu agama setakat pendidikan agama islam KBSM tingkatan 5 je! arab pun tak reti"

Oh-tapi Rasulullah s.a.w tu kan manusia? Beliau tau dirinya adalah kekasih Allah. dan langsung tidak merasa ujub dan takabur mendapat title seperti itu. Biarpun dirinya telah diletak hina oleh manusia tetapi beliau tetap tidak kehilangan harga diri. tak pula aku dengar beliau mengalami depressi walaupun ujian yang datang menimpa2 beliau.

apa title aku depan Tuhan aku untuk aku pergi dan marah2 orang?

Setelah minggu ini,aku mengalami keadaan dimana aku kehilangan selera makan yang agak teruk dimana aku hanya makan biskut dan minum air utk 2hari (disamping aku takde duit langsung dan selesema ni melemahkan tekak aku). jadi untuk hari ketiga,aku tak mau menjadi failure to trive (perasan,dah besaq pun nak rasa diri macam budak kecik lagi!), aku pun mengambil keputusan untuk ikut nasihat ayah aku. memilih perasaan aku. untuk menjadi redha instead of pointing out finger.

Bagaimana untuk gumbira?meh aku bagi tips sikit
  • baca surat cinta yang diwahyu oleh malaikat Jibrail ke Rasulullah s.a.w
  • lepak kat masjid. atau ayat sopan 'tafakur'. masjid skarang kan ada aircorn,sejuk. kadang2 tue boleh dengar orang baca al-quran (kalau malas sgt nak baca pun). boleh tgk saudara kita sendiri senyum. ada air watercooler. apa lagi yang mendamaikan? bila masuk waktu, boleh solat jemaah,tak terasa ke macam, "i'm not alone" ?
  • lepak dgn kawan2 lama. borak tentang kehidupan.kematian. best
  • tepon mak abah. tanpa berborak tentang inflasi dan kepapaan yang dialami!
  • Aku sedar, aku boleh menjadi euphoric dengar menyanyi lagu generasi (oag), unwritten (natasha bedingfield), suki (berdiri), ataupun sebodoh lagu Paris Hilton (nothing in this world)...apa2 lagu yang membuatkan aku gelak balik kat dunia..iyelah buat pe sedih2 kat dunia nie..tak best

  • Owh, korang tak suka lagu laghro,..layan lagu nasyid. lagu jihad. lagu outlandish. lagu opick.lagu harris shafix. lagu yusuf islam. ikut halwa telinga masing2...
  • pergi jogging..masa jogging ni aku rasa masa tu otak aku berfikir dan munasabah diri sendiri kembali...dan aku rasa aku bole terbang lepas dah dpt solution....
  • aku rasa yang lebih menenangkan diri aku bila ada muslimah dan pakcik tua (kenal atau tidak) senyum dan bagi salam (utk kaum sejenis sahaja atau umur jauh yang tiada unsur gatal- oh-aku anti lelaki yang mengangap ppuan itu sejenis tikus dengan bersiut2,slalunya on the spot kena tengking dgn aku - - oho,emosi!) ..
  • buat satu buku berjudul "kenapa saya gembira pada hari ni"...dalam sedar tak sedar, bila kita berjaya kutip sampah pun boleh buat kita gumbira. kalau berani,kiralah berapa nikmat2 yang Allah berikan (Nikmat Allah mana yang mahu kamu dustakan?)
  • maafkan kawan2 yang menyakitkan hati. jadi orang tak berkira. atau pergilah memohon kemaafan pada rakan2. rasa ringan sikit.
  • lepaskan hati dari masalah duit.bayar hutang. kalau takde hutang, kasik sedekah, bagi hadiah kat kawan2 atau belanja orang.. (sbb tu shiena gumbira)..bila hati tak jadi hamba pada duit, baru rasa dunia ini ana yang punya!
  • buat perkara pelik yang jarang2 dilakukan. contohnya pergi main rollerblade kat taman titiwangsa...hahaha..sebabnya nnt ada orang tanya, "dah buang tabiat?"..jawab je, "yang pasti,mati itu samakin hampir"...dan jangan takut pada mati.sebab mati dah ditetapkan.esok lusa siapa tahu?
  • ketawa pada kesalahan sendiri. aku sendiri sedar, aku tertekan bila aku terkantoi kesalahan aku (dan selalunya mmg terkantoi). rasa macam banduan pun ada. tapi mungkin lepas kita abes post mortem, kita ambil masa untuk ketawakan kebodohan masa lampau dengan mengatakan, "takpe,lepas nie aku cerdik laa..jgn eksyen eksyen!"
  • gaduh dengan setan... macam2 laa si syaitan tu ejek2 aku. Syaitan yang juga kongsi warna kegemaran aku (sibuk,aku suka warna merah,sapa yang kallerkan syaitan tu warna merah?), dia ejek aku, "abes laa kau kiah, macam susah aje kau masuk syurga.bau pun takleh.kawan kau mesti benci kau. sapa nak sayang kau? Allah pun marah..abeslaa kau..dunia tak dapat, akhirat apantah lagi"dan segala tekanan si syaitan yang direjam ni mengata2 kat aku. Iyelah, syaitan tension kena bertambah keja nak sesatkan kaum manusia sebab egonya...dah laa takdapat syurga,kena berkeja keras nak buat kita-kita join dia pulak kat neraka..hamboi,banyak cantik laa...


oho-dan lagi satu..aku rasa aku dah tekad. tak guna kongsi kesedihan. sebab aku rasa orang suka tertawa pada kesedihan aku. (atau aku yang terlalu kompleks? biarlah)...takpe..bak kata puteri, "hidup mesti enjoy!!" (tambah..mati pun mesti lebih enj0y!)
Terlupa benar kita bahawa hidup ini selamanya..mati je sekali!

p/s: kpd sesorang yg ym aku pada malam rabu. aku tak marah kat kau.tidak. tapi aku sedih.tu je. tapi tak ape,aku gumbira.yebadabedu!
Gambar hiasan semata2.. Dari kiri: yani yang tenang, France rakan jogging aku dan K.asmidar yang cemas!!