myebut Alhamdulillah
kenapa?
Sedikitkah nikmatNya
berbanding amal kita?
Adui,tak tau malu betul kita nie..
huhuhu
----------------
Salam,
Itulah yang otak aku terngiang2 ketika keputusan pro xm 2 tempoh hari tue.
Bayangkanlah, pagi khamis 22dec tue memang pagi penuh air mata. aku jadi orang pertama yang menangis di bilik kuarantin selepas aku selesai short case dengan Prof nik Azmi, ketua jabatan perubatan HUKM dan prof wendy, lecturer baru kami yang baru pulang dari oversea. Short case pertama aku kes hepatosplenomegaly, alhamdulillah, time tue semuanya berjalan lancar kerana memang common case pun. Tapi yang aku sedey bila 2nd short case. Mana taknye, aku terasa sedey sebab aku rasa aku boleh buat lagi baik tapi malangnya aku telalu berdebar2 sampai aku tak dengar pansystolic mumur yang senang itu. Aku dapat kes tricuspid regurgitation yang paling kuat di bahagian left sternum. aku hanya dapat menganggaknya ianya TR kerana nampak hepatic pulsation dan increase JVP yang teramat. Mesti prof kata aku mengelet sebab curik tengok (dia suruh aku dengar je tapi aku curik tengok gak..heheh). Long case aku lak dapat pakcik yang ada reccurent carcinoma of the colon. Memang pelik, ianya seolah2 ada bola yang keras kat tengah2 dan itu merupakan kali pertama aku merasai betapa besarnya cancer itu. Pakcik tue sendiri pun tak tau apakah bola keras itu kerana dia sendiri pun sebenarnya tak sedar bila kehadiran cancer itu...Penat je aku duk merayu kat pakcik habaq jawapan dia...nasib baik betul..hehe
Balik dari hospital, hati memang tak tenang kerana xm tu. Aku selalu ingatkan diri aku, kecemerlangan itu adalah milik muslim tapi aku amat takut aku tak berjaya membuatkan diri aku cemerlang. Aku terpaksa mengaku aku bukanlah serajin mana. Hanya berbekal ilmu yang aku baca beberapa kali tanpa membuat nota (auto-save laa nie)dan merajinkan diri ke dalam wad sahaja. Aku kira aku nie boleh dikira kategori pemalas diantara classmate aku walaupun aku rasa boleh tahan rajin aku nie.
Puas si abg farid+kak jijie, senior aku meredakan ketakutan aku kerana mereka kata untung sebenarnya sape2 yang tak dapat cuti kerana diberi peluang private tutor dalam masa 4 minggu dimana orang yang lulus tak baca buku langsung. Kiranya kegagalan mengajar erti kecermelangan yang lebih unggul dari markah cukup2 makan.
Hari jumaatnya, kami semua dipanggil oleh Mr Gee sebab dia nak wat annoucement result xm. Masa kami diberitahu,hampir2 keseluruhan pelajar enak dibuai mimpi kerana tak tau nak buat ape.
Hari jumaat itu juga hari air mata dimana ada yang menangis kerana gagal atau kerana rasa bersyukur ke hadrat Ilahi kerana lulus. jadi,aku pun konfius sape yang lulus atau gagal.
Bagi aku, aku bersyukur padaMU, ya Rabbi kerana rahmatNya..alhamdulillah....
dan diantara 8 klasmate aku, ada 3teman rapat aku terpaksa mengorbankan cuti mereka kerana perlu menghadiri kelas sepanjang cuti 4minggu. marilah kita doakan mereka dapat meluluskan diri ke sem2 year 3 bersama2. Kalau boleh, tak mau title repeat year dalam batch kami.
Aku risau akan teman karibku itu tapi dalam masa yang sama, aku yakin mereka lulus kerana mereka ini merupakan pelajar yang rajin dan cerdik sebenarnya cuma nasib tak menyebelahi mereka. Pasti mereka menjadi lebih terrer dari kami!
Aku tanya diri aku kenapa aku terlalu mahukan lulus dalam peperiksaan kali ini...
1. kerana cinta Ilahi-itu salah satu buktinya aku inginkan keredhaanNya kerana aku tak gemar bila muslim dikaitkan dengan sifat mundur dan pemalas..
dan aku cukup tak suka kalau ada orang mengata aktiviti tarbiyyah dan dakwah yang aku buat ini dijadikan alasan tak cukup masa walhal salah aku sendiri kalau aku tak dapat kecemerlangan itu
2. kerana aku ingin menghadiri beberapa program masa cuti nanti dan beberapa meeting yang aku nak tolong. Masa cuti adalah masa paling sesuai untuk aku menambah ilmu aku, terutamanya ilmu akhirat!
3. dan aku nak duduk rumah dengan mak. lepak dengan mak. aku nak pindah rumah nie, tapi tak jauh, ..sebelah rumah je..hehehe
4. supaya aku jadi kuat semangat untuk lebih aktif dalam pembangunan diri dan masyarakat untuk Islam =)
Benarlah, bila kita mengucapkan kata cinta dalam hati kita kepada yang ESA, pasti DIA membalasnya. Seringkali, kita diuji sejauh mana kebenaran cinta kita.
tetiba dpt 1 lagu best yg syahdu...
best sgt!
Opick feat. Amanda :
Alhamdulillah
bersujud kepada Allah
bersyukur sepanjang waktu
setiap nafasmu seluruh hidupmu
semoga diberkahi Allah
bersabar taat pada Allah
menjaga keikhlasanNya
semoga dirimu semoga langkahmu
diiringi oleh rahmatNya
setiap nafasmu seluruh hidupmu
semoga diberkahi Allah
alhamdulillah wasyukurillah
bersyukur pada Mu ya Allah
indah dalam kebersamaan
hilanglah sebuah perbedaan