Saturday, November 26, 2005

open house




<-- ni masa pergi rumah nurul. haha.best gak walaupun pergi tengah malam. hehehe










aku buat open house secara sderhana sahaja. macam biasa fit tak leh datang time nie..ni geng aku mcam biasa gak..azie, fana,shiena dan aku -->















<-- nie masa pi open house rumah Prof nasa...artis kl mjerit..hahaha,takdelah nie Prof anatomy faveret kami semua...tp skrg dah pindah ke Cyberjaya medical University

Nie pulak ke rumah apau after pi rumah prof nasa-->




Burpp...aku memang kenyang!

Aku paling dengki

Aku dengki
Pada hatimu yang tulus ikhlas
Melakukan kerja dengan girang
Tanpa merungut dan malas

Aku dengki
Tiap kali kerjamu mendapat pujian
Kecemerlanganmu menjadi sanjungan
Semuanya berbuah hasil lumayan

Aku dengki
Melihat kau mempunyai akal yang cerdas
Dapat melakukan kebajikan dan kebaikan
Dalam setiap apa perkerjaanmu

Aku dengki
Kerana kau tiada sifat pemalas
Masih rajin dan bertenaga
Walaupun penat hinggap pada dadamu

Aku dengki
Masa yang sempit itu dapat kau isi
Dengan penuh bermakna
Tanpa membuang masa

Yang paling aku dengki
Jika kau menjadi hamba kesayanganNya
Sedangkan aku tidak

Lalu aku menangis keseorangan….

Kerana ku tahu
Perasaan dengki yang aku alami ini

Adalah satu nikmatNYA
Adalah satu tanda sayangNYA
Supaya aku kembali ke realiti
Supaya aku dapat mencontohi kebaikanmu

Supaya aku dapat belajar
menjadi hamba kesayanganNYA kelak!
--------------------
p/s: huhu, idea nk tulis nie bila aku ngn member tengah lepak kat surau fakulti. pastu dia pandang aje kain sembahyang yang dah lama tak basuh.. tetiba dia bangun dan terus masukkan kain sembahyang dalam plastik.
Dia sengih je kat aku, "kena basuh nie, dah kotor sangat ni"...
aku tak tau nape tapi aku rasa agak dengki sebab aku tak terpikir nak berbuat baik macam dia nie... huhuhu....aku kagum dengan sifat kawan aku, kat mana2 pun dia boleh terpikir nak buat kebajikan. marilah kita semua contohi sikap rakan aku nie. tabik spring!

Wednesday, November 23, 2005

Pada siapa yang kita harapkan?

alhamdulillah, baru aje selesai mock xm ngn Mr. Raja Badrul..

ape kenanye jeng laa aku nie...aku nie selalu je nervous breakdown ...cepat sangat mengelabah jadi terlupa...adoi,mmg aku nie darah gemuruh... tak tau mcne nak wat lagi dah..huhu

alhamdulillah, aku kena practice bercakap lagi DAN present kat lecturer aku...
-----------

nway, semalam aku langsung takde mood nak baca buku....aku tido awal then bangun tgh malam dan menangis dan termenung...

Semalam, kawan aku dtg dari jauh menceritakan masalah dia sambil mengalirkan air mata dia...aku pun turut menangis.( lps tue dah nak xm tue,aku dah tak pedulik)...peritnya dirasaikan dapat aku rasa walaupun tak seteruk yang dia rasa...

Benar, aku pernah kata pada dia yang dia adalah diantara sahabat yang aku sayangi walaupun selalu bertekak dengan dia. Baru aku sedari, rasa sayang yang dianugerahkan oleh Allah ada sebabnya. Ianya seolah2 Allah menyuruh aku jaga dia, ingatkan dia dan jangan biarkan dia tersesat jauh...

dan aku ingat aku jaga...tapi ada hal yang aku terlepas pandang...aku kecewa dengan diri aku.Walaupun sahabat aku tak akan salahkan aku tapi aku rasa sepatutnya aku boleh mempengaruhi sedikit sebanyak kesan positif dalam hidupnya.. menjadi contoh yang baik dan dihormati...beri dia sedikit ilmu dan sokongan...

Aku masih menangis lagi memikirkan apa yang patut aku bantu dia mencari kehidupan yang baru dengan semangat yang baru. Dia kata dia dah tak larat nak hidup, rasa macam the end of the world dan aku hanya senyap membisu kerana membayangkan aku di tempat dia.
Aku tension gak sbb aku bagi dia kepercayaan yang pnuh dan pandangan yang positif setiap kali sangkaan buruk melintas di hati aku. Dia hancurkan hidup dia dan dia hancurkan kepecayaan aku. Aku mampu b'istigfar dan aku menulis surat untuk dia yg aku akan tetap beri sokongan kat dia dan ingatkan dia yang Allah itu Maha pengasih dan penyayang...dan ini mungkin satu signboard besar kat dia yang tulis, " To Jannah" kerana ini adalah satu anjakan paradigm untuk kita berubah menjadi yang lebih baik.. Be brave to be near Allah's love although we're sinful person...
Perasaan yang terindah bila kita memohon kemaafan pada NYA dengan bersungguh2 dan berlinangan air mata DAN terasa Allah mendengarnya...
Pagi tadi, sejam sebelum aku pi xm, aku lepak kat SABA Islamic media..mencari sesuatu untuk teman kesayangan aku tue dan juga untuk si nadhirah(tak beli lagi hadiah kat dia lagi..dia kata dia tak suka baca buku ilmiah,susah gak)... jumpa bro shah kirit dan dia tanya aku cari ape...

i replied, "i just want alquran and taksir" without any hesistate although penat aku pikir dari semalam. ..that is the best book in this world...nak ape lagi?

"for muslim or non-muslim?"

"for my best friend who is currently in great grief and despair"

"yeah, al-quran is best one..."

then he gave me alquran and a harun yahya's book..hopefullness in alquran..(..megeletar badan aku, pengharapan pada alquran, dimana harapan kita letak selama ini?)...



i bought both of the books after i attracted to the surah yusuf: 187 translation at the cover book.

يَا بَنِيَّ اذْهَبُواْ فَتَحَسَّسُواْ مِن يُوسُفَ وَأَخِيهِ وَلاَ تَيْأَسُواْ مِن رَّوْحِ اللّهِ إِنَّهُ لاَ يَيْأَسُ مِن رَّوْحِ اللّهِ إِلاَّ الْقَوْمُ الْكَافِرُونَ

[Yusufali 12:87] "O my sons! go ye and enquire about Joseph and his brother, and never give up hope of Allah's Soothing Mercy: truly no one despairs of Allah's Soothing Mercy, except those who have no faith."


Muslim-born, please do wake up....
ask question if u hesistate...
please b sure about our destination....

Aku rasa aku masih bersedih lagi walaupun kawan2 klasmate aku tak sedar... i think she need help and guidance. aku rasa sepatutnya aku kena lebih banyak berusaha nak tarbiyyah diri ini dan lebih banyak bagi nasihat...aku rasa kita semua ni macam satu anggota badan yang besar
sebab benar, aku terlalu sayangkan sahabat aku tue dan Islam...

aku hanya mampu kata kat dia ....

"if u need any help, i'll be there for u bcz i'll do anything for Islam and my sister...."

What should i do to help?
Allah, help us!

p/if ukti kesayangan aku nie baca,please do not be despair,...ur secret r save wt me...

Friday, November 18, 2005

ikhlas

aku idamkan hati yang ikhlas
dengan ikhlas,
tiada cemburu
tiada prasangka
tiada rungutan
semoga di akhir hari,
aku bisa senyum
biar lelah hingap di dada
biar fitnah melanda akal
hanya dan jika hanya...
aku ikhlas....

..............
p/s: anyone? sape ada jual 'ikhlas',sila jual kat aku..aku akan beli.harga boleh dirunding!

Monday, November 14, 2005

Pro xm

Pada saat ini, kelihatan sekumpulan pelajar perubatan semakin malas untuk balik ke bilik pada waktu tengahari. Apatah lagi untuk bermain2 internet di library atau di cc kecuali yang benar2 rajin main internet. Semakin ramai yang tidak mahu ketinggalan untuk menyertai kumpulan bedsite orang lain walaupun nurse dan sister rimas melihat perangai budak2 pelajar ini terlalu ramai. Ramai yang sibuk mentelaah pelajaran. kalau borak2 pun, asyik fikirkan apa dianosisnya, simptomnya.

kenapa ini terjadi?

...kerana pagi tadi baru pi briefing pasal pro xm ngn mr gee...(harap maklum, nama penuh beliau bukan fauziah latiff!)

mengikut pensyarah kesayangan dan kesukaan ramai 3rd year med upm student,

" It's VeRy very DIFFICULT ....DIFFICULT..."

Dia terhenti sebentar, sambil tarik nafas dan melihat keadaan pelajar di hadapannya....

Kesemua pelajar dapat merasakan degupan jantung makin laju dan menelan air liur kegelisahan dan peluh sejuk mengalir ketakutan..

".....Difficult to Fail!.. u all should be able to pass...please do struggle"

... :)

maka itu, aku akan berlajar bersungguh2(peh, tapi tengah menaip dan main internet...lalalalalala)

nway, alhamdulillah..geng aku dah start study group wpun kami dikenali sebagai puak pemalas bangat (sbb kami slalu tertido ketika belajar bersendirian)

Doakan aku pass ye...nak cuti 3minggu tau...


wasalam!

Wednesday, November 09, 2005

Hari raya..

Hari nie hari yang ke7 syawal...dah seminggu dah rayanye...

Tahun nie beraya kat tangkak seperti biasa, tapi kitaorg pi pontian ziarah sedara kitaorg...dan smp ke JB..hari ahad baru sampai rumah balik...sbbnya hari isnin, aku kena kat wad dan mak aku keja...

Lain sikit raya kali nie, sbb biasanya sedara aku, kak dila rajin tolong acu masak kat dapur...tp tahun nie tak balik sbb beraya ngn suami kat rumah mak dia..tinggale aku yang pemalas nie ...huhu...mmg pemalas tp dikuatkan hati dgn sedaya upaya(peh, poyo..tolong sikit2 je...)

pastu raya ke3, pi konvoi ngn atuk,pak ngah dan anak2 dan acu,paksu&dania ke kukup...jumpa sedara jauh...(takdelah jauh sgt tp jarang jumpa...)best gak...

isnin tue,terpaksa aku menampakkan diri kat wad..terkejut aku,rupa2 ramai masih beraya..peh...tak guna punye member....hehehe...

aku takde idea nak tulis ape tapi ada beberape perkara yang bermain di fikiran aku....

1. sikap yang terlalu menyayangi kawan....
Aku bukan kawan yang baik sangat...kalo salah time,mmg aku boleh mengamuk tp aku cepat cool..mulut aku pun terlalu 'jujur' tapi ada beberape ketika tue,aku rase aku terlalu penakut untuk menyatakan kebenaran...bukan ape, aku terlalu memikirkan dan takut untuk kawan2 aku lebih jauh dari aku...bukan aku takut dorang lari dari aku...tapi aku takut aku memberikan impak buruk dan fitnah pada islam sendiri...

Mmg benar, hidayah itu datang dari Ilahi...tapi kenape kita sebagai manusia asyik menidakkan kedatangannya?...

Ntah berape banyak kali aku menangis kerana aku nie terlalu alpa untuk menjadi kawan yang baik..yang selalu memperingati diantara satu sama lain...yang selalu nasihat-menasihati...

Perkara yang membuatkan aku sedey bila aku sendiri terlalu lemah untuk mengamalkan ape yang aku berlajar...itu kesilapan aku sendiri...tapi aku benar2 mahu berhijrah dari alam gelisah...

Aku hampir2 menangis,bila isu islah timbul....siap jadi lawak tue...Aku langsung TAK bangga walaupun ada orang panggil aku 'aktivis islam' kerana aku tak layak....dan sesungguhnya ketahuilah sahabatku, kita nie selagi bernama muslim,kewajiban kita untuk islah diri amat perlu...maybe salah aku gak,cara yang tak berhemah...tapi setahu aku ilmu depa nie cukup tinggi,tinggal nak amal aje...Ape susahnya solat jemaah..kan dapat free 27 pahala...apakah dengan solat yg tak khusyuk tue dapat full mark sebanyak 1 pahala?...susah sangat ke? Apakah diri kita tak mau berhijrah ke alam yang lebih baik...Apakah persahabatan kita hanya sekadar gelak tertawa sahaja?....siap aku kena marah lagi tue...Apakah ukhwah kita nie bersifat duniawi sahaja?

Aku bukan orang sempurna..aku baru belajar banyak benda dalam hidup aku...masih merangkak mencari sinar kebenaran...dan memang benar, aku perlukan orang untuk mengajar aku...sebab tue aku tak kisah bila ada orang yang mengajar aku wpun benda tue basic dan agak memalukan aku...sebab mmg aku tak tau banyak perkara...

Maaflah,kawan yang terasa...memang niat aku untuk korang merasa kesedihan aku...

Sahabatku...
Maafkan aku
jika aku melalaikan engkau
dengan keseronokan dunia
maafkan mulutku
yg berat menegurmu
maafkan hatiku
yg buta emosi
maafkan akalku
yg bodoh menilai kebenaran
sesungguhnya....
diriku ingin menyayangi
engkau sebagaimana
aku sayang diriku
Ajarilah aku
tanpa segan silu
kerana aku mahukan
kita saling nasihat-menasihati
kerana aku mahu persahabatan kita
kekal abadi...
sehingga aku mampu
ziarah rumahmu
di syurga nanti...


Rasenya masih belum terlambat nak mengucapkan 'selamat hari raya, maaf Zahir dan batin'

aku agak sibuk nak updatekan blog nie walaupun aku rajin main internet...takde idea dan malas nak tulis barangkali...cuma sekarang nie layankan aje kejap internet nie sebab otak dan badan terlalu penat...huhuhu