Dulu waktu kita belum dewasa, zaman kita main masak-masak dan kawin-kawin,
---orang besar terutamanya mak ayah dan cikgu suka tanya,
+
nanti bila besar, nak jadi apa?----Homework pun mesti ada 2-3 kali tajuk yang sama
cita-cita sayaSekarang pun, bila kita sendiri dah jadi dewasa sikit, trend tanya cita-cita selalu aje kita tanya pada kanak2. Sebabnya kita dah tahu sedikit selok belok kehidupan. Dah rase sikit masinnye kehidupan niw
Cita-cita? Teringat dulu masa aku darjah 3, kitaorang kena buat karangan cita2. aku tulis yang aku ingin menjadi orang gaji (aka surirumah)..hehehe,sebabnya kita duduk rumah, rileks, masak, tengok tv (tuan rumah mesti ada tv), basuh baju, kemas rumah, barang tak payah beli lagi(macam perabot,katil) makan free, tempat tinggal pun free dan dapat gaji.(dulu dapat rm300 sebulan pun aku rasa banyak)..bila tuan rumah keluar,kita buat keja siap2 pastu tido tapi malunye aku bila adik-beradik aku baca karangan aku tu. Habis diejeknya siang dan malam. Sumpah lepas tue aku tak mau bercita2 rendah,,,(tapi bagi aku orang gaji tue masih keja yang mulia sebab tanpa orang gaji, dapat ke orang2 yang kononnye hebat, berkuasa dan gaji banyak tue buat kerja orang gaji? Bayangkan kalau lah si datuk datin tue takde orang gaji, rumah dia mesti berselerak..takde sape nak masak,..baru tau berserabut otak
Herm, jadi bila darjah 4, aku pun bercita-cita nak jadi perdana menteri walaupun aku tak tau keja ape dorang buat. Aku pun semangatlah kaji politik Malaysia dan baca surat khabar. siap pinjam buku disebalik tabir. ntahaper keja mengarut masa kecik aku buat.cukup semangat.. tapi aku pun tukar cita2 sebab aku tak paham kenapa aku tak reti cakap yang serius dan lupa detail yang aku baca. Lagipun aku nie mana reti cakap serius..hehe
Masa aku darjah 6 aku tukar lagi cita2. nak jadi akauntan sebabnya aku paling score mathz (yang paling corot: BM&BI sebab tue kekadang aku pun xpaham ape aku tulis/baca). lagipun masa tue zaman kegilaan aku kat Norman KRU (dimana itulah kumpulan muzik tanahair yang terakhir aku gilakan) pun seorang akauntan. Jadi aku mempraktikan cita2 aku dengan jaga duit belanja adik laki aku, fariz (50% dari duit belanja mesti simpan dlm tabung dia (aku tak amik duit orang, kat sini aku ajar diri aku jadi amanah---ayah aku rasa aku kejam sebab adik aku tue sebenarnya ikan paus yang selalu lapar walaupun aku pesan kat dia bawa bekal selalu ).
Yang ironinya, apabila aku melangkah zaman sekolah menengah, aku berhenti bercita-cita. Kalau dulu, yang jadi penguat aku belajar bukan sebab cita2 tapi sebab aku nak sangat masuk sekolah asrama penuh (gara2 buku novel siri asrama seri melati...hahaha)..itu pun sebab impian aku nak kacau cikgu asrama dengan main helah atau jadik hantu malam2. tak senonoh betul.
Lagipun aku secara tak sengaja dapat no.1 dalam kelas tercorot masa darjah 4 dan seterusnya dapat no3 masa darjah 6 tapi cita2 aku ke sekolah asrama penuh musnah bila ayah aku tak kasik(aku pun tak dapat sebenarnya-tak isi borang)
Jadi..aku jadi orang tanpa cita2 di sekolah menengah tapi masa aku form 2, aku ditakdirkan pindah sekolah kat KL. Sekolah tue jauh dari rumah tapi aku tak sanggup ke sri hartamas, takut kena cakap orang putih dan segan kat situ orang kaya2 aje..kat situ, secara tak sengaja aku terjadi diantara best student among batch aku (takdelah best students sangat--biasa aje sebenarnya..aku kan pendekar sakti konon.selalu perasan)..
Mak ayah aku tak kisah aku jadi ape..dorang kata dorang tak mau tentukan ..biar aje digunakan akal fikiran..dan buat ape yang kita minat supaya perkerjaan tue tak jadi beban dan kerja.kerja tue jadi hobi kita sebab hobi kita tu kerja kita.
Tapi aku paling benci bila kena tulis cita2 untuk form3 sebabnya aku takde cita2 tapi cikgu zaleha mintak juga..terpaksa aku tulis

- pilihan pertama: superman
- pilihan kedua: batman
- pilihan ketiga: cikgu
sebabnya aku nak jadi penyelamat barangkali aku tak kisah nak jadik ape tapi aku suka buat orang lain senyum sebab buat hati aku senyum jugak.tapi aku lupa yang untuk menyelamatkan orang mesti selamatkan diri dan mempunyai kudrat dan kuasa.
Mengamuk betul cikgu tingkatan aku masa tu sampaikan dia terpaksa cari kakak aku untuk tolong pilihkan cita2 aku..kakak aku letak aku bercita2 sebagai juruanalisa komputer sebab aku minat komputer. chehehe..tapi klasmate aku pun ada tulis nak jadi penari tradisional, pelakon,penyanyi antarabangsa tapi depa tak kena marah pun
aff kata hey, at least ada jugak orang dapat jadik tu mana ada orang dapat jadi superman
huhu,mungkin hanya bapa rubiah suparman boleh kot?aku balas dalam hati.
Lagi sekali, aku kena gelak dengan ahli keluarga aku. Jadik aku pilih nak jadik kaunselor sebab aku SUKA bercakap dan pujuk orang. Dan lagi sekali, abang aku suruh aku pilih cita2 lagi tinggi seperti psychiatry.. doktor pakar psychology..
aku bilang balik aku malas MIM-ALIF-LAM-ALIF-SIM
aku masih bercita2 lagi masuk gak sekolah asrama penuh berusaha utk pastikan aku cemerlang dalam PMR. Risau gak sebab sekolah aku tue bukan sekolah yang cemerlang. Peratus cemerlang tipis (utk melayu laaa) dan aku pun memang malas nak pi sekolah..Kalau pi sekolah pun bukannya belajar, kawan2 ajak ponteng ke shopping complex...aku selalu aje ponteng tapi duduk kat rumah laa dan tiru kerja sekolah orang lain....maka aku masuk tiusyen kononnye utk belajar tapi ada laa beberapa kali aku tak pi..terutamanya kelas bahasa melayu..hasilnya; hanya BM yang membuatkan aku rasa seperti aku nie rakyat asing dalam keputusan pmr aku (jadi jangan pelik aku nie bongok dalam bahasa) 7A1B kichiwa
Tapi alhamdulillah aku masih layak gak masuk MRSM BP kat situ baru aku temui cita2 aku. Ingat tak intifada 2000? Masa tue lah, aku dan along (kawan baik aku) berjanji nak jadi doktor supaya dapat tolong saudara2 seislam kita kat Palestine. Kitaorang pun tak kisah kalau mati kat situ sebab mati syahid :)
Masa form 5, dunia pulak sibuk dengan Afghanistan dan 9/11..laaaagi kuat semangat aku idola aku Presiden Mercy, Dr Jamilah yang tak putus2 mhulurkan bantuan kat depa dan aku pun baru tau yang krisis melanda kat Kashmir teringat pula zaman Bosnia ditindas (darjah 2\tak tau apa-apa yang boleh aku buat untuk bantu?
Masa tue aku baru jumpa tujuan hidup aku. Along selalu bagi tazkirah kat aku. Tak pasal2 aku pun kena assign cari tazkirah supaya kitaorang dapat bagi tazkirah sesama kitaorang. Secara tak sengaja (barangkali ditakdirkan ) aku pun agak giat baca buku2 ilmiah dan newspaper terutama tentang dunia luar.
Inilah yang membuatkan aku jadi NAK sangat masuk iium medic ..sebab aku nampak aku nak berjaya dalam dunia dan akhirat aku pun rajinkan diri.yer ke?rajin sikit laa..tabiat main badminton setiap petang dan tido time prep masih tak dapat aku tinggal tapi ada laa sikit perubahan
But then again, Allah always knows the best for his servants. Aku masuk matrik sebab aku takut tak dapat uia. Kat matrik, aku terus pasang cita2 nak jadi doctor kerana sebab itu aku rajin gak aku tak ke Ireland sebab aku nak belajar penyakit orang Malaysia dulu..cuaca panas yang senang buat orang sakit
cita2 yang paling kekal lama berbanding cita2 lain
cita2 yang dapat buat aku jadi rajin dan cekal
cita2 yang dapat buat mak ayah gembira walaupun dia tak suruh pun aku amik medic
Alhamdulillah, tpng aku 3.94 yg melayak aku masuk medic school walaupun pernah ada teman rapat aku gelakkan aku dengan mengatakan,
+Engkau ni zek, memang semangat tinggi tapi mestilah sedar diri sikit..pointer kau tu rendah..mana layak masuk
inilah cita2 aku yang mbawa aku ke sini...
tapi itu kisah dulu
Sekarang? ~sign~
Jadi seorang 3rd year susah bagi aku..aku asik dyspnoe aje..case presentation aku tak cemerlang...tak mantap..asik lupa fakta aje...xm bukan mudah..kelam kabut..lecturers pandang senget mulalah si setan masuk otak aku dengan ayat KALAULAH
Tapi bukan aku sorang aje hampir semua kosmate aku turut memperkatakannya.
Yang mahu bersenang lenang sahaja---
+kenapalah aku tak jadi model? Tak payah belajar, pakai baju,buat gaya & senyum ...click..dapat duit banyak
+kalau aku nie suara sedap, mesti aku dalam akademik fantasia atau Malaysia idol nyanyi itu hobi aku..pastu dapat duit lak tue..ramai peminat
+kenapalah takde dato atau tan sri nak minang aku? Jadik isteri ke2 pun tak kisah ssenang hidup!
+nak kawen!!
yang mahu berjuang tapi bukan dalam penyeksaan hidup medic
+adoi..kenapalah aku tolak tawaran jadi aeronautic?
+kalau ikutkan aku, memang aku nak jadik ustazah, kan lebih tenang sikit
+aku patutnya jadi chemical engineer, sebab aku paling suka buat chem. dan fizik..dah laa aku paling benci bio
+ayah aku suruh aku buat business tapi aku tak mau sebab aku tak mau cepat kaya,..nanti
aku jadi pelupa
masa tue, tak tau macamane, banyak pulak cita2 aku yang sebelum nie tak pernah muncul
- aku nak jadi penulis , kakak printer (ahem!), pkritik, pembuat web, kartunis (aku suka lukis tapi hodoh lukisan aku), pemberita, penerbit filem, pengubal lagu sebabnya keja nie masih boleh berdakwah kerana berkerja dengan masyarakat
- aku juga nak jadik cikgu muallimah..boleh pengaruh anak murid jadi mujahid..
- aku nak jadi saintis cipta alat2 yang ajaib macam doraemon ..boleh menaikkan nama islam
- Aku nak jadik pereka fesyen supaya dapat buat baju seperti yang telah disyariatkan oleh islam
- aku ada impian nak jadi pemain drum kumpulan rock yang memakai tudung berbakat tapi tetap hidup dalam islam
- aku nak jadi buat business, akauntan, supaya ekonomi islam lebih kukuh
- impian aku sebagai seorang isteri mithali pun tak boleh dilupakan sebab aku nak jadi penguat semangat daie (yakni suami aku) dan juga sebagai ibu yang dapat menerapkan islam dalam jiwa anak2
baru aku sedar yang berdakwah nie tak kisah kau keja apa semua perkerjaan boleh berdakwah, asalkan niat hanya kerana Allah..
Kerana TUHAN yang menghidupkan kita, kenapa kita tak sanggup hidup semata2 kerana TUHAN?
-------------------------------------------------
duhai hati, kau memang rindukan mekah dan madinah tempat dimana kau dari berehat dari kepenatan dunia ape yang kau lakukan ialah hanya beribadat...nikmatnya tak dapat diucap oleh kata2..alangkah indahnya kalau dapat selalu merasakan kedamaian hati yang hakiki itu selalu?
tapi haruslah kau ingat wahai jiwa.hidup ini Allah cipta bukan untuk sia2..Islam itu agama syumul. Setiap perkerjaan yang kau lakukan kerana Allah, pasti dapat ganjaran dan itu ibarat. Orang yang mempelajari ilmu adalah orang yang diredhaiNYA
Hai akal, apakah kau lupa bahawa adanya fardhu Kifayah ? Apakah kau mahu orang2 kafir itu gelakkan islam kerana kau malas berusaha? Memang benar, islam itu tak mewajibkan semua umatnya menjadi doctor tapi harus kau ingatkan pemilik akal itu apakah kita mahu ketinggalan zaman? Bukankah islam itu agama yang sesuai setiap zaman dan kita adalah khalifah Allah di muka bumi itulah tanggungjawab yang wajib kita pikul sejak zaman nabi adam dulu
Nafsu, mengapa kau menidakkan fitrah mu yang sangat sangat ingin untuk ke syurga? Mengapa susah sangat untuk menjinakkan nafsu?
---------------------------------------------------
aku tak mau jadi hanya doctor..yang siang pagi merawat pesakit tanpa merawat hati aku sendiri
aku tak mau jadi pelajar kecundang menjadi doctor, kerana tak pandai bahagi masa
aku nak jadi seorang doktor DAN daie .
Astagfirullah
Lead me to the right path.
"Apabila engkau bersabar akan timbul kekuatan dalam dirimu dan engkau pun akan memperolehi pahala,tetapi apabila engkau berkeluh kesah akan timbul kelemahan padamu dan engkau pun akan diancam seksa...."