aku tak baca lagi maa...nak baca....

nie ulasan dr mingguan malaysia:
"Kesediaan penulis-penulis muda dalam merobah landskap dunia kesusasteraan tanah air semakin besar gelombangnya dengan penghasilan karya di luar daripada pemikiran biasa. Keberanian meneroka dimensi baru melalui ketajaman pemikiran menjadikan karya-karya ini sebagai pencetus keunggulan pembangunan dunia sastera moden terutamanya sastera remaja.
Pendedahan luas kepada isu semasa antarabangsa menjadikan sebilangan penulis muda berjaya keluar daripada klise dunia penulisan yang mereka warisi. Mereka masih bercerita tentang dunia remaja, tentang cinta dan kehidupan yang lara dan bahagia, alam dan manusia, tetapi dengan pendekatan yang jauh berbeza dengan apa yang pernah ditampilkan oleh generasi sebelumnya.
Situasi ini menjadikan karya tersebut menjadi lebih segar-bugar dan mewakili zaman di mana seseorang penulis itu berada. Keadaan ini juga berjaya dikesan dalam penilaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobil 2004.
Panel hakim mengangkat karya penulis muda, Faisal Tehrani menerusi novel Advencer Si Peniup Ney sebagai hadiah utama kategori novel remaja. Sementara Detektif Indigo yang juga karya Faisal memenangi tempat kedua kategori yang sama. "
nie sipnosis advencer si peniup ney:

Hedonis.
Begitu definisi kaum di negeri jauh itu. Landas hidup hanya untuk berseronok-seronok, bermewah-mewah, lazat, lazat, lazat. Berpantang arah tujuan, terlarang segala fikiran.
Ya, aliran hedonisme menjunjung kelazatan dan puja-pujaan, emm... cita rasa, cita rasa!
40 remaja berawajah amat berseri-seri mengundang Sulaiman Hilmi yang bermata biru hijau berbalam, yang berwajah cahaya. Bersama mereka menunggang awan, memacu ombak menuju ke negeri jauh, membawa salam kesejahteraan. Demi menyahut panggilan Cinta. Menyerah buat dibakar api Cinta. Merawat duka rawan rindu kepada Cinta. Bahawa yang paling seronok, paling mewah, paling lazat ialah kelazatan menunaikan janji abadi :
Bahawa Dia itu Satu. Tempat bergantungnya segala sesuatu. Tumpuan hidup dan mati dan hidup lagi sesudah mati.
Dia Sumber Cinta, Pencipta Segala Rasa.
Sipnosis utk detektif indigo

Mereka super.
IQ luar biasa dan deria keenam menjadikan mereka detektif indigo. Cheng-chung yang hafiz, Faruk "Si Tahukah Anda" dan Mihrimah pakar sains forensik si perawan tembun dianugerah kuasa telepati - pelengkap radas saintifik. Bersama-sama Ruzbihan yang tajam deria baunya, Zaitun si ahli kimia dan Isamu Nakamura yang mahir entomologi, mereka menyelesaikan kes rumit mengelirukan : Pencerobohan, bom, letupan...
Dalam lingkungan kristal azurite dan lapis lazuli mereka ditubi untuk mengoptimumkan IQ dan deria keenam, demi keamanan sejagat. Ya, keamanan ialah hak sejagat. Dan jagat sudah hilang batas bangsa, budaya, politik.
Mereka dilatih bukan semata-mata untuk memperalat ilmu dan teknologi bahkan menjelmakan adab dan akhlak diterasi iman dan takwa
--------------------------------------------
nak dapatkan awal? beli kat www.ujanailmu.com