nway, tetiba 2-3hari lepas aku dapat sms dari en.rosli (syarikat time.com) yang menjemput aku ke majlis berkhatan rumah anak yatim tue kat taman gombak ria ahad pagi lepas...tp masa tu, aku masih lagi berada di kaki gunung ledang, bercamping KKB....teringatlaa pulak pada gambar2 yang maie(junior biomed aku) tolong burnkn utk aku, aku pun rase comel utk diletakkn disini laa...
aku rindu betul adik2 aku tue(aku masih tak mengaku aku nie makcik..masih taraf kakak lagi maa...) ..terutamanya si kecil comel nursyah baru ajer berusia 5thn tue..dan 3adik2 dia yang lain..kesian dia,kecik aje dah rase susah...takpe...dlm ksusahan itu lah kita belajar mghargai hidup..betul tak?
aku teringat bila ada sorg ukti tue tgh makan dan mintak dia suapkan aku..(malulah aku..dia tue adik yg berusia 13tahun) dan aku pun tolak laa...pastu ukti tu ckp "akak,kalo tak mau makan suapan saya,ertinya akak nie mmg tak sayang saya...iyelah,saya kan anak yatim je"...tergamam aku jadinye..



















Mereka bertanya kepadamu wahai Muhammad: Apakah yang akan mereka belanjakan? Katakanlah: Apa jua harta benda yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada kedua ibubapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui-Nya.
Dari Sahl bin Saad r.a. dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: "Aku dan orang yang memelihara anak yatim adalah di dalam syurga seperti ini." Sambil Baginda menunjuk dengan kedua jarinya -jari telunjuk dan jari tengah (yang dirapatkannya)
(Hadith Sahih - Riwayat Bukhari)